Friday, 8 February 2013

mulakan pg dgn senyuman..
sebaik2 sedekah itu adalah senyuman...
hehe..semangat utk terus menyumbang bakti kpd nagama bangsa dan negara..

Thursday, 7 February 2013

Makhroj huruf



saya membuat sedikit pencarian gambarajah makhroj huruf.... kadang-kadang main sedap lidah je bunyinya...hehe...sebelum saya mengajar perkara yang salah...saya belajar la dulu...hehe.. ^_^

sebagai guru PPKI


Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Khas adalah usaha untuk melahirkan  insan yang BERKEMAHIRAN, BERHALUAN, BERUPAYA, BERIMAN, BERDIKARI, MAMPU MERANCANG DAN MENGURUSKAN KEHIDUPAN SERTA MENYEDARI POTENSI DIRI. Dalam melahirkan insan khas yang ada sifat yang dinyatakan harus ada usaha yang selari, usaha satu alur antara penggubal dan pelaksana dalam perancangan satu – satu program yang ingin diperkenalkan dan dilaksanakan.

fahami dan hayati falsafah pendidikan negara


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007

renungan

Wednesday, 6 February 2013

Wahai Purnama Ya Badrotim



Lagu yag saya latih semasa pertandingan nasyid Maulid Nabi s.a.w..... semoga rasa kecintaan dan kerinduan kita pada Rasulullah s.a.w bertambah.... ^_^

belajar...hak kami

Mari lah kita menjunjung aspirasi FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA...mendidik anak bangsa tanpa mengira latar belakang mereka...mereka tidak diminta untuk lahir dengan masalah tersebut, mereka istimewa...menghiburkan...menjadi tanggungjawab kita sebagai mendidik mereka dengan penuh sabar tanpa sebarang keluh kesah...janganlah menafikan hak mereka untuk mendapatkan ilmu serta bersosial seperti kanak-kanak yang lain....

muhasabah...

wahai insan ingatlah kamu hidup dunia tiada abadi.....
sebelum terlambat sedarlah diri buatlah amal sebelum ajal menjemput mu...

Tuesday, 5 February 2013

lupanya saya.... hehe..

Astaghfirullah...hampir terlupa  update blog sy..sibuk dgn aktviti sekolah...huhu...
minggu pertama persekolahan sibuk dgn jadual wktu dan RPT...
minggu kedua sik dgn pengurusan murid inklusif...
minggu ketiga sibuk dgn rombakan kelas, dan penyusunan murid dlm kelas..
minggu keempat dok latih bdk nasyid utk sambutan maulidur rasul...masa ni terasa bgt berhargany ilmu SDP yg di pelajari semasa last semester...pluss..dgn kekalutan menghadapi praktikum...
minggu kelima ....mmmmmmm.....ha..sy telah diberi tanggungjwab sbg setiausaha untuk program kem bestari solat..kali ni sy telah mengabungkn kelas PPKI dgn aliran perdana...
pelbagai kisah berlaku sepanjang 6 minggu persekolahan bermula...