Thursday 6 June 2013

sedihnyer..

alhamdulillah semalam selesai sudah kuliah kami KPLI-SR j-QAF jan 2012....
rasa gembira sebab telah berjaya melngkap kursus selama setahun setangah dengan jayanya....
rasa sedih sebab akan meninggalkan pensyarah+rakan+kenanagan menuntut ilmu.....
rasa gementar sebab dah nak exam sabtu ahad ni.....
rasa blurrr...sebab x tahu akan di re-posting ke mana nanti...

Tuesday 4 June 2013

pernyataan objektif P&P.

Antara perkara yang perlu di ambil kira SEBELUM menyatakan OBJEKTIF / HASIL PEMBELAJARAN :

S = spesific - khusus
M = measureable - boleh diukur
A = attainable - boleh dicapai
R = reasonable - munasabah
T = timeframe - jangka masa

last class with cikgu azman



sedihnya hari ni last class bersama cikgu azman yang telah banyak berkongsi ilmu beliau mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi... ^_^v

erti al-fatihah

Monday 3 June 2013

exam fever....

assalammualaikum...
alhamdulillah..... minggu baru sudah pun menjelma hari ni... ( 3 Jun 2013 ) .... kelas interaksi hampir tamat tinggal 2 hari je lagi... APE?? exam...wah... saya dan kawan2 akan hadapi exam 8 dan 9 JUN 2013 ni.. ( sabtu & ahad) ....takutnya...dah lama x amik exam...last masa amik mtest hari tu...dah lama dah...wah masa tulis ni...rasa macam2 ada kat dalam perut ni, bkn setakat rama-rama, tapi kumbang, belalang dan etc.... DOA KAN SAYA DAN RAKAN_RAKAN BERJAYA YE..... :)


Wednesday 29 May 2013

Proses Pembelajaran

1.KESEDIAAN PELAJAR
satu tahap di mana seorang individu bersedia untuk melakukan sesuatu tingkah laku dan dapat                             membuatnya dengan baik.

2.PENGAMATAN
satu proses di mana otak menerima maklumat melalui deria, dan menyusun semula maklumat yang diterima dan memberi makna kepadanya.

3.PENANGGAPAN
satu proses pembentukan konsep di mana otak dan menukar realiti objektif kepada proses mental yang disusun secara keseluruhan dalam bentuk konsep.

4.INGATAN DAN LUPAAN
ingatan : satu proses mental di mana pengalaman bermakna disimpan dalam otak dan dikeluarkan kembali apabila diperlukan untuk menyelesaikan
lupaan : kesukaran untuk mengingat / mengeluarkan kembali satu pengalaman yang telah dialami. Proses ini berlaku apabila maklumat jangka pendek tidak diberi perhatian.

5.PEMINDAHAN PEMBELAJARAN
prose pembelajaran yang berlaku dalam satu situasi dan digunakan dalam situasi lain dikenali sebagai pemindahan pembelajaran.

** oleh itu induksi memainkan peranan penting dalam proses P&P di dalam kelas bagi memastikan pembelajaran berjaya.

Tuesday 28 May 2013

alhamdulillah selesai hari kedua interaksi

alhamdulillah selesai sudah hari kedua interaksi .... sebelum menutup mata jom kita layan video ni.... enjoy it.. ^_^

<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/aMyhmtNlHag" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

mari kita mencipta kebahagiaan kita

sejak akhir-akhir ni saya telah mengali semula hobi yang telah lama saya tinggalkan iaitu MEMBACA ....perkara pertama yang saya buat ialah menaikkan kembali semangat untuk membaca....kedua saya memastikan duit ada untuk membeli BUKU...hehe..kalau xde duit macam mana nak beli buku kan? pastu tertanam la semula hobi MEMBACA tu...hehe....setelah memastikan duit ada saya telah menyenaraikan buku yang perlu saya beli...hehehe....dalam banyak buku yang ada kat POPULAR tu saya tertarik dengan buku ini.....



memang best...bermanafaat...menarik jiw positif saya untuk selalu berfikiran positif dalam apa jua keadaan....mula-mula tu macam susah gak tapi...USAHA itu penting.... ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM, MELAINKAN MEREKA BERUSAHA MENGUBAH NASIB KAUM MEREKA SENDIRI..... ^_^

Erti al- Fatihah

dalam seharian kita akan membaca al- Fatihah sekurang-kurangnya 17 kali.....mari kita hayati erti ayat tersebut... :) ... di sini saya sedia video untuk memudahkan pemahaman kita bersama...

<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/QcX4JZ2DW5k" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

kebahagiaan....

selamat pagi semua.....pagi-pagi ni dimulakan dengan senyuman....dan syukur kepadaNYA....walaupun banyak perkara yang bakal kita tempuhi dan dengan perkara yang tidak diduga...senyum lah dengan kebahagiaan...jangan gundah gulana, tidak perlu kecewa, tidak perlu keluh kesah kerana ingatlah segala yang datang dan kita tempuhi itu datangnya dari yang MAHA ESA, yang MAHA MENGETAHUI.... ceria-ceria selalu...



Monday 27 May 2013

selamat pagi cikgu....!

wah...lamanya x menulis kat blog ni....alhamdulillah hari merupakan hari pertama saya memulakan interaksi ke-3...semangat!!!.....n nak hadapi peperiksaan... gementarnya....hehehe...

Friday 8 February 2013

mulakan pg dgn senyuman..
sebaik2 sedekah itu adalah senyuman...
hehe..semangat utk terus menyumbang bakti kpd nagama bangsa dan negara..

Thursday 7 February 2013

Makhroj huruf



saya membuat sedikit pencarian gambarajah makhroj huruf.... kadang-kadang main sedap lidah je bunyinya...hehe...sebelum saya mengajar perkara yang salah...saya belajar la dulu...hehe.. ^_^

sebagai guru PPKI


Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Khas adalah usaha untuk melahirkan  insan yang BERKEMAHIRAN, BERHALUAN, BERUPAYA, BERIMAN, BERDIKARI, MAMPU MERANCANG DAN MENGURUSKAN KEHIDUPAN SERTA MENYEDARI POTENSI DIRI. Dalam melahirkan insan khas yang ada sifat yang dinyatakan harus ada usaha yang selari, usaha satu alur antara penggubal dan pelaksana dalam perancangan satu – satu program yang ingin diperkenalkan dan dilaksanakan.

fahami dan hayati falsafah pendidikan negara


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007

renungan

Wednesday 6 February 2013

Wahai Purnama Ya Badrotim



Lagu yag saya latih semasa pertandingan nasyid Maulid Nabi s.a.w..... semoga rasa kecintaan dan kerinduan kita pada Rasulullah s.a.w bertambah.... ^_^

belajar...hak kami

Mari lah kita menjunjung aspirasi FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA...mendidik anak bangsa tanpa mengira latar belakang mereka...mereka tidak diminta untuk lahir dengan masalah tersebut, mereka istimewa...menghiburkan...menjadi tanggungjawab kita sebagai mendidik mereka dengan penuh sabar tanpa sebarang keluh kesah...janganlah menafikan hak mereka untuk mendapatkan ilmu serta bersosial seperti kanak-kanak yang lain....

muhasabah...

wahai insan ingatlah kamu hidup dunia tiada abadi.....
sebelum terlambat sedarlah diri buatlah amal sebelum ajal menjemput mu...

Tuesday 5 February 2013

lupanya saya.... hehe..

Astaghfirullah...hampir terlupa  update blog sy..sibuk dgn aktviti sekolah...huhu...
minggu pertama persekolahan sibuk dgn jadual wktu dan RPT...
minggu kedua sik dgn pengurusan murid inklusif...
minggu ketiga sibuk dgn rombakan kelas, dan penyusunan murid dlm kelas..
minggu keempat dok latih bdk nasyid utk sambutan maulidur rasul...masa ni terasa bgt berhargany ilmu SDP yg di pelajari semasa last semester...pluss..dgn kekalutan menghadapi praktikum...
minggu kelima ....mmmmmmm.....ha..sy telah diberi tanggungjwab sbg setiausaha untuk program kem bestari solat..kali ni sy telah mengabungkn kelas PPKI dgn aliran perdana...
pelbagai kisah berlaku sepanjang 6 minggu persekolahan bermula...